Gempa bumi 5,1 skala Ritcher di Utara Laut Maluku

Gempa bumi 5.1 skala Ritcher di Utara Laut Maluku

MetMalaysia memaklumkan terdapat gempa bumi 5.1 skala Ritcher berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan terdapat gempa bumi 5.1 pada skala Ritcher berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia, hari ini. 

Menurut MetMalaysia, kejadian itu berlaku pada pukul pukul 2:36 petang tadi, namun ia tidak memberi ancaman tsunami kepada negara ini. 

“Gempa bumi 5.1 pada skala Ritcher berlaku di Utara Laut Maluku, koordinat 2.2° U dan 126.9° T kedalaman 55 kilometer (km), 170 km Utara dari Ternate, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Twitter rasmi, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN