Dipaksa kahwin mayat tunang - Utusan Malaysia

Dipaksa kahwin mayat tunang

SUNDAY dipaksa berkahwin dengan Chioma Okoye sebelum upacara pengebumian. - FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO: Seorang pastor di Nigeria dipaksa berkahwin dengan mayat tunangnya yang maut akibat tindakan lelaki itu menggugurkan kandungan wanita itu secara kejam.

Lapor Daily Star, Dr. Sucess Emeka Sunday dipaksa oleh keluarga mangsa untuk berkahwin dengan anak perempuan mereka, Chioma Okoye sebelum upacara pengebumiannya.

Tindakan itu berikutan Sunday mengakui turut sama terlibat sehingga menyebabkan Okoye meninggal dunia.

Sunday yang merupakan pengasas Life Transformation Praying Ministry di Owerii, Nigeria dilaporkan tidak mahu anak dikandung Okoye disebabkan pandangan gereja terhadap bayi yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan.

Dilaporkan, Februari lalu, Sunday menjemput Okoye ke rumahnya dan memberikan minuman dicampur dadah tanpa disedari wanita tersebut.

“Dia kemudian membawa tunangnya yang tidak sedar diri ke sebuah hospital dan memaksa
doktor menggugurkan kandungan bayi Okoye.

“Terdapat komplikasi besar dengan prosedur dilakukan yang menyebabkan Okoye muntah darah,” jelas laporan.

Sunday membawa Okoye ke pusat perubatan lain untuk mendapatkan rawatan serta memaklumkan kepada keluarga wanita itu bahawa anak mereka sangat sakit.

Bagaimanapun, Okoye meninggal dunia secara tragis sebelum dapat menyelamatkannya.

Keluarga mangsa mengetahui kejadian mengerikan itu selepas laporan bedah siasat mendedahkan kesan ubat sedatif dalam badan Okoye.

Sunday akhirnya mengakui melakukan perbuatan itu selepas keluarga mangsa mendesaknya memberitahu perkara sebenar.

Sementara itu, seorang rakan Okoye, Anita Nenyenwa Uzoije berkata, Sunday pada mulanya, ditahan namun dibebaskan dengan syarat dia berkahwin dengan mayat tunangnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya