'Datuk Ken', isteri didakwa jadikan rumah pusat judi

‘Datuk Ken’, isteri didakwa jadikan rumah pusat judi

LIOW Lian Keong (Datuk Ken) dan isterinya, Chen Lye Kuen mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kediaman mereka sebagai rumah judi terbuka di Mahkamah Majistret Selayang, Selangor, hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Ken’ dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjadikan empat buah rumah milik mereka di Rawang sebagai tempat perjudian, dua bulan lalu.

Liow Lian Keong, 40, dan isteri Chen Lye Kuen, 41, memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Lian Keong didakwa atas tiga pertuduhan menggunakan tiga kediaman dimilikinya di Bandar Country Homes, Rawang sebagai rumah perjudian terbuka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 5.15 petang hingga 6.15 petang pada 6 Julai lalu.

Sementara itu, Lye Kuen didakwa menjadikan kediaman miliknya juga di Bandar Country Homes sebagai rumah judi terbuka, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin, Thomas Chin S. W. dan Matthews.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan bagi penyerahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan ‘Datuk Ken’ yang menjadikan empat buah rumah di sekitar kawasan Country Homes sebagai markas operasi perjudian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menahan 12 lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 17 hingga 40 tahun pada 6 Julai lalu yang dikesan menjalankan aktiviti mempromosikan perjudian dalam talian sejak setahun lalu.

Susulan penahanan 13 individu itu, polis berjaya memberkas suspek utama iaitu `Datuk Ken’ bersama isterinya di sebuah rumah di Rawang pada 11 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.