CAP kesal pencerobohan hutan di Kedah - Utusan Malaysia

CAP kesal pencerobohan hutan di Kedah

MOHIDEEN ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) diminta mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah pencerobohan hutan simpan yang didakwa serius berlaku di negeri ini, ketika ini.

Presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadir berkata, pihaknya bimbang dan kesal dengan kegiatan pencerobohan tersebut  kerana dikhuatiri memusnahkan biodiversiti kawasan hutan terlibat.

Selain itu, katanya, keadaan itu juga tidak mustahil boleh mencetuskan bencana alam dan menjejaskan kehidupan penduduk di negeri ini.

“CAP meminta jabatan terlibat menguatkuasakan Akta Perhutanan Negeri 1984 dengan tegas tanpa memberi sebarang pertimbangan kepada mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu.

“Timbul persoalan bagaimana aktiviti ini boleh berlaku dalam jangka masa begitu lama serta melibatkan kawasan hutan simpan yang luas tanpa tindakan segera dan berkesan diambil oleh pihak berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah JPNK, Muhamad Abdullah semalam mendedahkan, pihaknya mengesan seluas 3,500 hektar kawasan hutan simpan di negeri ini yang diteroka secara haram oleh pihak tertentu sejak 2011.

Menurut Muhamad, kebanyakan penerokaan haram itu dikesan dilakukan untuk tujuan pertanian antaranya durian, getah dan kelapa sawit.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, CAP berharap siasatan turut dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

“Langkah itu bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat unsur rasuah dalam perkara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya