fbpx

17 Oktober 2021, 8:20 pm

  TERKINI

Beberapa kawasan di Perak di landa ribut

KEADAAN pokok yang tumbang akibat ribut di Manjung, Perak. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Beberapa kawasan di negeri ini dilanda ribut pada petang dan malam tadi menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang dilaporkan.

Dalam kenyatannya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, antara kawasan terlibat ialah sekitar bandar raya Ipoh, Seri Manjung, Pantai Remis, Teluk Intan dan Kampar namun kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Menurutnya, pihaknya menerima siri panggilan kejadian pokok tumbang antara pukul 6.30 petang hingga 11 malam.

Katanya, sebanyak tujuh kejadian pokok tumbang yang merintangi jalan dan menghempap kenderaan dilaporkan di sekitar bandar raya ini iaitu di Taman Rapat Setia, Balai Polis Buntong, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Jalan Jelapang, Taman Perpaduan, Pesiaran Pulai Baru dan Kampar Putra.

“Kejadian pokok tumbang juga dilaporkan di sekitar kawasan Seri Manjung iaitu Jalan Lumut, Kampung Cina dan Jalan Teluk Senangin serta di pekan Langkap di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, anggota bomba mengguna mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang dan mengalihkannya ke tempat yang selamat.

Katanya, agensi yang terlibat termasuk pasukan bomba sukarela, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI