Balak pelbagai saiz, spesies cuba dicuri di Hutan Simpan Rasau

Balak pelbagai saiz, spesies cuba dicuri di Hutan Simpan Rasau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Jabatan Perhutanan negeri mematahkan cubaan memindahkan 10 tual kayu balak pelbagai saiz dan spesies yang dipercayai ditebang secara haram di Hutan Simpan Rasau di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kesemua balak dari Kompartmen 14 di hutan simpan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM65,000 termasuk jentera.

Pengarahnya, Roslan Rani berkata, serbuan menjumpai sebuah jengkaut jenis Hitachi EX200 berwarna oren tanpa pemilik berhampiran tual-tual kayu yang disita.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya jentera berat itu digunakan untuk mengangkut kesemua hasil hutan yang dilonggokkan di sebelahnya.

“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai 15 tunggul yang berpadanan dengan tual kayu yang ditemui,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Roslan tidak menolak kemungkinan kerja-kerja haram itu dilakukan secara berkumpulan dengan kesemua hasil hutan berkenaan baharu sahaja ditebang.

“Jentera kini disita di depoh sitaan Jabatan Perhutanan di Paka dan kes disiasat mengikut Seksyen 47 (1) dan 81 (1) (b) Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN