‘Ali Rahman’ perdaya wanita RM37,000  - Utusan Malaysia

‘Ali Rahman’ perdaya wanita RM37,000 

HO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang wanita kerugian lebih RM37,000 selepas terpedaya dengan penipuan Love Scam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 37 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan seorang individu bernama Ali Rahman menerusi platform Linkedln pada 13 Februari lalu.

Perkenalan tersebut berlanjutan dengan wanita berkenaan berhubung dengan individu tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dan sering berkongsi pengalaman hidup serta berbual berkaitan bidang kejuruteraan.

“Pada 14 April 2021, individu berkenaan memberitahu wanita tersebut yang juga pengadu bahawa dia  menerima bayaran baki akhir bagi kerja kontrak berjumlah sebanyak AS$850,000 dan menamakan wanita itu sebagai penerima manfaat serta bayaran dilakukan melalui Unisys Security Agency Company (UK).

“Individu berkenaan meminta pengadu menghubungi ejen dari pihak Unisys Security Agency Company (UK) bagi menuntut baki bayaran kontrak berkenaan. Pengadu telah dihubungi oleh ejen-ejen berkenaan dan telah berurusan lanjut.

“Pengadu diminta untuk melakukan pembayaran bagi melancarkan urusan tuntutan bayaran berkenaan. Bayaran dilakukan adalah seperti bayaran seperti insuran Bank Negara dan duti setem Bank Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook menambah, sepanjang urusan tersebut pengadu telah melakukan pembayaran ke dalam enam akaun yang berbeza yang dinyatakan sebagai ejen pihak Unisys Security Agency Company (UK) yang menetap di negara ini.

“Pengadu telah melakukan sebanyak lapan kali transaksi berjumlah RM37,330. Pada 13 September lalu pengadu telah ke balai polis untuk membuat semakan dengan permasalahan yang berlaku disebabkan masih lagi diminta untuk melakukan pembayaran berkenaan.

“Setelah semakan dilakukan pengadu terus membuat laporan polis dan mengesyaki telah ditipu dalam urusan tuntutan bayaran kontrak tersebut,” katanya.

Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati pengadu telah terpedaya dalam perhubungan Love Scam dan hasil semakan akaun-akaun berkenaan telah mempunyai rekod jenayah penipuan yang sama sejak 10 Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN