Yuna kembali ke LA - Utusan Malaysia

Yuna kembali ke LA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah lama berehat, penyanyi, Yuna, kini kembali di Los Angeles (LA) untuk menyiapkan album terbaharunya yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Yuna atau nama sebenar, Yunalis Mat Zara’ai yang ditemani suami, Adam Sinclair sempat berkongsi gambar pertama mereka di LA menerusi Instastorynya.

“Gambar pertama di LA sebaik sahaja kembali ke sini adalah gambar @adamyousofunny bersama kereta kami yang gagal dihidupkan (selepas bateri dijana semula) ketika saya melakukan pusingan u,” tulisnya.

Selain Yuna, Adam juga turut berkongsi di Instagramnya beberapa keping gambar perjalanan mereka ke LA.

Penyanyi lagu Terukir Di Bintang ini sebelum ini pernah menyatakan keperluan berulang alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyiapkan album terbaharunya.

Katanya, dia berharap album tersebut dapat dilengkapkan dan dikeluarkan pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN