Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan takziah pemergian Tun Ahmad Sarji - Utusan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan takziah pemergian Tun Ahmad Sarji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari ini.

Menurut kenyataan Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Seri Paduka berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara.

“Seri Paduka berdua turut menyifatkan permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham merupakan tokoh pentadbir perkhidmatan awam negara yang amat disegani dan dihormati,” jelas Istana Negara.

Dilahirkan pada 16 September 1938 di Tapah, Perak, Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996, semasa era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Allahyarham juga merupakan pengasas dan pengerusi pertama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 1992 dan dilantik semula sebagai pengerusi IKIM pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya