Warisan tegas tak sokong PN, persoal mengapa September - Utusan Malaysia

Warisan tegas tak sokong PN, persoal mengapa September

TOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) tegas dengan keputusannya tidak menyokong arus Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya,  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua ahli Parlimen parti itu bersepakat mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

“Semua ahli Parlimen Warisan utuh dan kuat untuk meminta supaya Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya  berundur dengan penuh hormat.

“Sebarang berita atau laporan yang disebarkan mendakwa Warisan menyokong PN adalah palsu dan berniat jahat,” katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyembah maklum bahawa dirinya masih mempunyai majoriti dan akan kekal memegang jawatan perdana menteri.

Muhyiddin juga menjelaskan beliau bersedia untuk melalui usul undi percaya dalam persidangan Parlimen yang dijangka diadakan pada September ini.

Menurut Mohd Shafie, persidangan Parlimen untuk mengadakan undi itu haruslah diadakan secepat mungkin.

“Dengan merujuk kepada proses Parlimen, kami menuntut Parlimen seharusnya bersidang segera untuk menunjukkan sama ada Muhyiddin memang mempunyai sokongan di Dewan Rakyat.

“Itu akan menjernihkan keadaan malah tidak perlu menunggu hingga September nanti,” katanya.

Pendirian Warisan  turut disokong Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Sri Aman, Dato ‘Masir Anak Kujat;  Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Shafie menjelaskan, sebab utama usul dan keyakinan terhadap Perdana Menteri harus menjadi isu yang dibahaskan dalam sesi terdekat ini.

“Perkara ini harus dibuktikan secepat mungkin kerana ia tidak boleh mengganggu isu lain seperti mengenai Rancangan Malaysia ke-12 dan belanjawan yang akan dibincangkan dalam sesi parlimen yang dijadualkan pada bulan September,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya