Amanah pertaruh Ketua Pemuda negeri pada PRN Johor, N. Sembilan - Utusan Malaysia

Amanah pertaruh Ketua Pemuda negeri pada PRN Johor, N. Sembilan

KHAIROL NAJIB HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Amanah mempertaruhkan Ketua Pemuda Johor dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dua negeri tersebut.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah, Khairol Najib Hashim berkata, mereka ialah Ketua Pemuda Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman, 38, dan Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan, Mohd. Hanis Alimin, 37,.

“Pengumuman kedua-dua calon itu akan dimaklumkan oleh Presiden (Datuk Seri Mohamad Sabu) tidak lama lagi.

“Kita juga menghantar calon muda lain untuk dipertimbangkan oleh parti pada kedua-dua PRN tersebut. Kombinasi golongan muda dan berpengalaman amat penting pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Beliau ditemui pada Program Skor Cemerlang PKSK anjuran Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Chang Lih Kang di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Tanjung Malim di sini hari ini.

Katanya, jentera Pemuda Amanah telah bersedia untuk menghadapi PRN tersebut terutama memenangkan calon Pakatan Harapan (PH).

Berhubung perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN) yang mungkin memberikan kelebihan kepada Amanah khususnya PH, Khairol Najib berkata, pihaknya tidak boleh bergantung kepada kelemahan parti lawan sebagai kelebihan.

“PH akan menggembeleng tenaga semaksimum yang mungkin  untuk memastikan calon-calon kami menang.

“Harapan kami, pengundi dapat pulang dan keluar mengundi dengan peratusan melebihi 50 peratus selain pertambahan kerusi DUN berbanding sebelum ini,” katanya.

Amanah masing-masing mempunyai satu kerusi iaitu DUN Simpang Jeram di Johor dan DUN Klawang, Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN