Voicenote Pasar Siti Khadijah pusat penularan Covid-19 palsu - Utusan Malaysia

Voicenote Pasar Siti Khadijah pusat penularan Covid-19 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menafikan dakwaan Pasar Siti Khadijah, di sini ditutup ekoran jangkitan Covid-19 dalam kalangan peniaga di situ.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusof menegaskan, voicenote atau rakaman audio di aplikasi WhatsApp memberitahu pasar tersebut ditutup termasuk terdapat kematian peniaga adalah palsu.

“Pihak MPKB-BRI tidak menerima apa-apa arahan bagi penutupan operasi perniagaan di Pasar Siti Khadijah dari pihak Kementerian Kesihatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita palsu sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, Tuan Zainal Abidin memberitahu pihak MPKB-BRI sedang menyiasat sumber voicenote yang telah tuar tersebut dan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis.

Dalam voicenote yang tular berkenaan, seorang wanita meminta rakannya supaya tidak pergi ke Pasar Siti Khadijah kerana pandemik sudah merebak di pasar itu dengan satu persatu peniaga mula dijangkiti Covid-19.

Ramai peniaga terkesan apabila bilangan jumlah pengunjung jatuh mendadak sejak rakaman audio itu tular beberapa hari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN