Harga minyak tidak turun, ditentukan ikut nilai minggu lalu

Harga minyak tidak turun, ditentukan ikut nilai minggu lalu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga minyak di pam tidak turun disebabkan ia ditentukan berdasarkan purata harga minggu lalu, bukan semalam meskipun harga minyak mentah global turun.

Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi dan masih mempengaruhi harga minyak di pam.

Kementerian itu memaklumkan harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, ia meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans.

“Harga di pam ditentukan berdasarkan purata harga (minyak) minggu lalu bukannya harga hari ini.

“Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar AS$150 setong (petrol) dan AS$250 setong (diesel),” katanya dalam hantaran Facebook.

Semalam, Kementerian Kewangan memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.

“Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN