Tak mampu beli susu, suami isteri beri bayi minum teh

Tak mampu beli susu, beri bayi minum teh

ROSLAN Saharuddin dan isteri, Windy serta anak mereka yang turut terhimpit selepas hilang mata pencarian ekoran PKP ketika ditemui di rumah mereka di Batu Maung, Pulau Pinang, semalam. - FOTO/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Buruh binaan warga asing di negeri ini antara individu yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sehingga terpaksa bergolok gadai barangan kemas bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ramai ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru mengatakan mereka hilang pendapatan utama selain terpaksa menebalkan muka meminjamkan wang ahli keluarga di kampung.

Seorang buruh binaan dari Lombok Timur, Indonesia, Ros­lan Saharuddin, 34, berkata, dia tidak menyangka kehidupan bersama isteri, Windy, 25, dan bayi lelaki, sembilan bulan, berubah sepenuhnya akibat wabak.

Menurutnya, wang tabung telah habis digunakan sejak arahan pemberhentian sementara kerja-kerja pembinaan bangunan dikuatkuasakan susulan pe­laksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Mei lalu.

“Sudah enam tahun saya be­kerja dengan majikan sebagai buruh binaan bangunan kerajaan di Seberang Perai. Ini pertama kali saya berdepan dengan perkara sebegini (kekangan wang) selain terpaksa berhutang dengan rakan semata-mata mahu menjelaskan sewa bulanan rumah RM650,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Batu Maung, di sini baru-baru ini.

Berikutan masalah dihadapi Roslan dan isterinya, pasangan itu pernah terpaksa memberikan bayi mereka minum teh bagi menggantikan susu formula.

“Tiga hari anak kami diberi minum teh, dia sering menangis mungkin sakit perut. Saya dan isteri kemudian membuat keputusan menggadai seutas rantai emas bagi membeli keperluan harian.

“Kami tidak kisah jika tiada beras untuk dimakan setiap hari tetapi kami lebih mementingkan anak kecil yang tidak tahu apa-apa,” katanya yang terpaksa menangguhkan pembayaran sewa rumah sebulan pada bulan ini.

Terdahulu, kediaman Roslan turut dikunjungi dua wakil dari syarikat pemaju yang berpangkalan di negeri ini, Hussein Abdullah dan rakan kongsinya, Dr. Shaik Farid Shaik Daud.

Seorang lagi pekerja kontrak dari Medan yang mahu dikenali sebagai Sapik, 40, pula memberitahu, dia bersama isteri dan dua anak kini terpaksa menum­pang di kediaman rakan senegara setelah diarah berpindah oleh pe­milik rumah.

“Kegagalan membayar sewa rumah dua bulan menyebabkan kami diusir dari kediaman jenis apartment di Sungai Ara yang dihuni sejak lebih tujuh tahun lalu,” ujarnya.Tak mampu beli susu, beri bayi minum teh

Sementara itu, Pengerusi Sur­plus Pulau Pinang, Mohd. So­phian Mohd. Zain pula menggesa majikan kepada pekerja warga asing tidak bersikap lepas ta­ngan dalam membantu menyalurkan bantuan ke atas pekerja yang terjejas pendapatan.

“Majikan terutama pengurus projek atau kontraktor seharus­nya bertanggungjawab memban­tu pekerja mempunyai masalah kewangan setelah hilang sumber pendapatan utama,” ujarnya.

“Pelbagai lagi pendekatan boleh dilakukan termasuk menyalurkan bantuan barangan keperluan asas kepada pekerja kontrak atau buruh di bawah seliaan mereka,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya