SOP ketat masjid di Kelantan masih berkuat kuasa

SOP ketat masjid di Kelantan masih berkuat kuasa

TENGKU MOHAMAD RIZAM TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Prosedur operasi standard (SOP) membenarkan hanya empat jemaah menunaikan solat di masjid dan surau di seluruh Kelantan masih dikuatkuasakan sejak 1 Jun sehingga sekarang.

Semakan Utusan Malaysia di portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (Maik) mendapati tiada sebarang perubahan berkaitan SOP tersebut yang diumumkan dalam kenyataan akhbar bertarikh 31 Mei lalu.

“Pelaksanaan ini berkuat kuasa dari tarikh 1 Jun 2021 sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz sebagaimana dipetik dalam kenyataan akhbar tersebut.

Sementara itu, petugas di pejabat Maik ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut dan meminta orang ramai me­rujuk kepada kenyataan rasmi yang pernah dikeluarkan.

Terdahulu polis membuka kertas siasatan berhubung kes 16 jemaah lelaki termasuk beberapa kanak-kanak yang me­nunaikan solat maghrib di Su­rau Batu 6 Tok Kaya, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, anggota polis bergegas ke surau itu kira-kira pukul 9 malam selepas menerima maklumat mengenai jemaah surau berkenaan yang melanggar SOP ditetapkan.

“Siasatan awal mendapati, kesemua jemaah tidak mematuhi SOP terkini di masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehubungan itu, polis akan mengambil ketera­ngan 16 jemaah terbabit dalam masa terdekat,” katanya.

Siasatan terhadap kes dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Pen­cegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 (1) Peraturan Pen­cegahan dan Pengawalan Penya­kit Berjangkit 2021.

Sebelum ini, MAIK mengeluarkan SOP bahawa hanya empat orang jemaah yang terdiri daripada kakitangan masjid dan surau dibenarkan menunaikan solat fardu sepanjang tempoh PKP bermula 1 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN