SHAH ALAM: Pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor 1995 akan dipinda bagi membenarkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu depan boleh diadakan secara hibrid.
Speaker, Ng Suee Lim berkata, Kerajaan negeri dilapor akan membentangkan usul berkenaan dalam sidang DUN sebagai agenda pertama dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Selangor Ke-14 itu.
“Kita bakal menjadi negeri pertama yang mengusulkan hal berkenaan kerana melihat adanya keperluan memberikan peruntukan kuasa kepada Speaker melaksanakan persidangan secara hibrid sekiranya berlakunya bencana atau terdesak.
“Saya harap usul ini dapat diluluskan pada persidangan kali ini supaya ia boleh dibawa ke Jawatankuasa Peraturan Tetap untuk anggota Jawatankuasa ini teliti dan selepas itu, usul ini akan dibentangkan semula semasa persidangan Belanjawan Selangor yang dijangka berlangsung pada Disember ini,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE










