Tiga maut, dua cedera van dirempuh dua lori

Tiga maut, dua cedera van dirempuh dua lori

TIGA sekeluarga maut manakala dua lagi cedera selepas van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Tiga sekeluarga maut manakala dua yang lain cedera selepas van dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori berasingan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 3.45 petang.

Menurut beliau, kesemua mangsa berusia antara 20-an hingga 70-an.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki kelima-lima mangsa itu dirempuh daripada bahagian belakang oleh sebuah lori treler dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20-an.

“Akibat rempuhan tersebut, kenderaan berkenaan memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori lain dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an di laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Jumazanzahir, akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan yang merupakan warga emas serta dua penumpang lain maut, manakala dua lagi penumpang yang cedera telah diberikan rawatan.

“Dua pemandu lori yang turut terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zainal Abidin Che Deraman pula berkata, seramai lapan anggota beserta empat jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN