Wanita melecur dalam kebakaran di Tumpat meninggal dunia

Wanita melecur dalam kebakaran di Tumpat meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang wanita yang melecur akibat kebakaran rumah di Kampung Simpangan di sini, meninggal dunia hari ini.

Sha’adah Muhammad, 57, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.15 petang semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Difahamkan, jenazah Sha’adah dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjong, Pengkalan Kubor.

Kejadian pada pukul 5.45 petang kelmarin mengakibatkan Sha’Adah melecur 80 peratus di muka dan anggota badan.

Turut melecur di bahagian muka anak perempuannya, Fariesya Syaila Mazelan, 15, sementara suaminya, Mazelan Daud, 64, melecur di tangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN