"Sampai tak boleh tidur malam’ - Wawa kongsi pengalaman diserang kebimbangan melampau - Utusan Malaysia

“Sampai tak boleh tidur malam’ – Wawa kongsi pengalaman diserang kebimbangan melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh: MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM

PETALING JAYA: Pelakon, Wawa Zainal mendedahkan dirinya diserang kebimbangan melampau selepas menerima berita bahawa suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel dijangkiti Covid-19 buat kali kedua sekitar awal bulan ini.

Wawa yang menjawab soalan peminat di Instastory berkata, keadaan itu pada ketika itu mengakibatkan dia sukar untuk tidur malam.

“Kena serang anxiety (kebimbangan melampau) terus sampai tak boleh tidur malam, fikir macam-macam.

“Alhamdulillah, Allah masih lindungi, doakan tau. Risau sangat keadaan sekarang ini,” tulisnya.

Aeril dijangkiti semula wabak Covid-19 pada awal bulan ini sementara Wawa dan anak-anaknya ketika itu disahkan bebas wabak tersebut.

Aeril bagaimanapun kini disahkan sembuh daripada wabak berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN