Pertimbang semula pembukaan sekolah - Utusan Malaysia

Pertimbang semula pembukaan sekolah

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keputusan Kementerian Pendidikan membuka semula sekolah pada 1 September akan datang harus dipertimbangkan semula mengambil kira bilangan kes jangkitan Covid-19 dalam negara kini pada tahap tertinggi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, membenarkan murid dan pelajar kembali ke sekolah dalam keadaan semasa bukan sahaja sangat berisiko malah adalah tindakan culas dan tidak bertanggungjawab.

Keadaan tersebut jelas beliau, ditambah dengan faktor imunisasi ratusan ribu guru yang belum menyeluruh selain kerajaan belum melaksanakan program imunisasi kepada remaja berusia 12 ke 18 tahun.

“Jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan secara serentak ini dilaksanakan juga, maka ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan kita pada tahap kelumpuhan yang serius.

“Berhentilah dari membuat segala keputusan yang akhirnya mengancam kesihatan dan keselamatan pelajar, guru-guru dan keluarga serta masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mohamad, bagi kawasan dan negeri yang berisiko rendah dan mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan sekolah secara berperingkat boleh dipertimbang seperti di Perlis, Sarawak serta Labuan.

“Bagi negeri lain, pembelajaran secara maya mesti diteruskan dan ditambah nilai buat waktu ini.

“Keputusan kementerian mesti disesuaikan dengan data dan kedudukan jangkitan serta vaksinasi. Pendekatan one size fits all dalam keadaan yang sangat luar biasa seperti sekarang mesti dihentikan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya