Peletakan jawatan tanda setia kepada UMNO - Shamsul Anuar 

Peletakan jawatan tanda setia kepada parti – Shamsul Anuar 

SHAMSUL Anuar Nasarah ketika ditemui pemberita di perkarangan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan, tindakan peletakan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli adalah sebagai sokongan dan tanda setia kepada parti UMNO yang dianggotainya. 

Beliau turut memberitahu, surat peletakan jawatannya juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat. 

“Tidak perlu hantar kepada Yang di-Pertuan Agong, saya akan ikut saluran prosedur yang sepatutnya. 

“Saya tidak ada komen apa-apa dan datang ke kementerian hari ini untuk ucapkan terima kasih kepada warga kementerian yang banyak membantu melaksanakan tanggungjawab,” jelasnya ketika ditemui pemberita sebelum beliau meninggalkan pejabat di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli hari ini. 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dasar kementerian, Shamsul Anuar mengharapkan apa yang terbaik dan telah dilaksanakan, dapat diteruskan. 

Terdahulu, Shamsul Anuar dilihat memasuki bangunan kementerian itu pada pukul 11.05 pagi sebelum keluar kira-kira dua setengah jam kemudian pada pukul 1.30 petang. 

Difahamkan beliau mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi kementerian dan Ketua-Ketua Pengarah Jabatan secara maya. 

Diiringi pengawai kanan kementerian, beliau meninggalkan bangunan itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam dengan membawa beberapa barangan peribadi termasuk gambar potretnya. 

Semalam, Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengumumkan meletakkan jawatan sebagai menteri selepas mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. 

Beliau dilaporkan berkata, dia ingin memberi tumpuan dan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya