'Peletakan jawatan saya adalah tidak berbangkit' - Muhyiddin - Utusan Malaysia

‘Peletakan jawatan saya adalah tidak berbangkit’ – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkannya bahawa masih mempunyai kepercayaan majoriti pada masa ini.

Katanya, perkara itu dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Seri Paduka pada hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan lapan ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepadanya.

Kata Muhyiddin, beliau telah menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong semalam yang memaklumkan berkenaan perkara itu.

“Di dalam warkah ini, Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pertama, Perkara 43 (2) (a) iaitu “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat”.

“Kedua, Perkara 43 (4) iaitu, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, beliau telah dititah menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada pukul 11 pagi hari ini.

“Dalam majlis menghadap pagi ini, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya