fbpx

23 September 2021, 8:23 am

  TERKINI

Pandelela akhiri saingan di No.12

Pandelela Rinong gagal menghadiahkan pingat pada hari terakhir terjun wanita Sukan Olimpik Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg gagal menghadiahkan sebarang pingat buat Malaysia selepas menduduki tangga ke-12 dalam acara 10m platform individu Sukan Olimpik Tokyo.

Pandelela kehilangan mata dalam terjunan pertama apabila hanya meraih 18 mata dalam terjunan pertama selepas melakukan entry kurang kemas di dalam air dan keputusan itu menyukarkannya untuk bangkit daripada ketinggalan.

Dalam terjunan pertama itu, kakinya terkena paltform ketika melakukan terjunan dan secara tidak langsung mengganggu kosentrasi dia dalam terjunan itu.

Meskipun cuba bangkit dalam terjunan kedua hingga kelima, namun ia tidak mencukupi untuk dia meraih kedudukan pingat atau kelompok lima terbaik apabila dia meraih 245.85 mata.

Pingat emas dan perak menjadi miliki China, Quan Hongchan dengan 466.20 mata manakala Chen Yuxi meraih 425.40 mata.

Pingat gangsa menjadi milik peserta Australia, Melissa Wu meraih 371.40 mata.

POPULAR

KOSMO! TERKINI