Muhyiddin, Abdul Hadi bertemu bincang isu perkukuh PN? - Utusan Malaysia

Muhyiddin, Abdul Hadi bertemu bincang isu perkukuh PN?

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja ke Terengganu esok.

Beliau dijadual melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini pada pukul 4 petang.

Difahamkan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, petang tadi, beliau mempengerusikan mesyuarat khas melibatkan kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) selama dua jam yang berakhir pukul 7 malam.

Antara yang hadir termasuk, Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Setiausaha Agong PN merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Mesyuarat yang berlangsung secara harmoni itu dipercayai bagi memperkukuh konsensus PN apabila semua ketua parti beranggapan Muhyiddin masih lagi mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN