MAS sedia pertaruhkan penerjun muda di Paris 2024 - Utusan Malaysia

MAS sedia pertaruhkan penerjun muda di Paris 2024

RATU terjun negara, Pandelela Rinong ketika melakukan aksinya dalam acara 10 meter platform individu wanita di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Khamis lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bersedia melakukan ‘bedah siasat’ di atas kegagalan meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain mengakui kecewa dengan prestasi yang ditampilkan penerjun negara.

Setiausaha Kehormat MAS, Mae Chan berkata, kekurangan penerjun juga antara faktor negara gagal untuk menandingi China yang memiliki kelompok besar penerjun berpotensi.

“Secara keseluruhan sudah tentu kita kecewa dan tidak begitu gembira terutama sasaran pingat kita dalam acara platform 10 meter seirama wanita gagal.

“Dengan persiapan yang serba kekurangan berbanding temasya sebelum ini, ianya sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi penerjun kerana dalam sukan terjun ini sedikit berbeza di mana penerjun perlu mendapat feeling pertandingan.

“Persediaan ke Olimpik kali ini semua sedia maklum bahawa kita hanya menjalani latihan dan tidak menyertai kejohanan kompetitif. 

“Betul negara lain turut menghadapi perkara sama tetapi ia berbeza kerana apabila penerjun bersaing sesama sendiri mereka tiada saingan kerana mereka yang terbaik di negara.

“Berbanding China yang memiliki kelompok penerjun yang besar sekali gus bersaing sengit merebut tempat. Kita dapat lihat China menghantar penerjun baharu berusia 14 dan 15 tahun tapi kita masih memiliki penerjun sama.

“Selepas ini kami akan duduk berbincang dan merangka pelan persediaan untuk Olimpik Paris 2024.  Kami juga akan ketengahkan beberapa penerjun muda untuk bersaing di Sukan Asia dan Komanwel sebelum menilai untuk dihantar bertanding ke Olimpik.

“Kita juga perlu mencari gandingan terbaik untuk Pandelela Rinong,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Antara penerjun muda yang berpotensi menggalas tugas itu adalah Kimberly Bong, Ong Ker Ying, Enrique Harold, Gabriel Gilbert, Jellson Jabillin dan beberapa lagi penerjun muda yang bakal diketengahkan MAS untuk kejohanan akan datang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya