Lelaki cedera dihempap pokok tumbang ketika kebumikan jenazah bayi - Utusan Malaysia

Lelaki cedera dihempap pokok tumbang ketika kebumikan jenazah bayi

ANGGOTA bomba memberikan rawatan kepada lelaki yang cedera setelah dihempap pokok tumbang di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Chenderong Balai dekat Teluk Intan. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang lelaki cedera dihempap sebatang pokok tumbang di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Chenderong Balai di sini malam tadi.

Kejadian berlaku ketika lelaki berusia 40 tahun itu sedang menguruskan pengebumian bayinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan pramatang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.41 malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki terbaring setelah cedera di bahagian pinggul akibat dihempap pokok kelapa sawit.

“Lelaki itu diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan mendapati, pokok kelapa sawit yang telah reput itu tumbang akibat dibakar sebelum menghempap mangsa di bahagian pinggul,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa lain.

“Seramai sembilan anggota dari BBP Teluk Intan dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian. Operasi tamat pada pukul 9.17 malam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya