MPM arah tutup pusat penyembelihan haram di Sitiawan - Utusan Malaysia

MPM arah tutup pusat penyembelihan haram di Sitiawan

ANGGOTA penguatkuasa MPM menyita ayam di pusat penyembelihan haram di Sitiawan hari ini. - UTUSAN/IHSAN MPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengarahkan sebuah pusat penyembelihan ayam dan itik dekat Medan Acheh, Sitiawan, ditutup serta-merta pagi ini selepas pemeriksaan mendapati ia beroperasi tanpa kebenaran.

Sebanyak 42 ekor ayam, empat ekor itik dan tujuh unit sangkar plastik telah disita.

Menurut Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM, yang melakukan operasi itu, semua rampasan itu dihantar ke Stor Simpanan MPM untuk proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya

“Pemeriksaan mendapati unggas yang diproses di kawasan lorong belakang premis itu telah mendatangkan kacau ganggu awam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, MPM telah menyita pusat itu mengikut Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak) Jalan, Parit dan Bangunan 2013, IV) Meletakkan Atau Menyebab Diletakkan Apa-Apa Barang Atau Benda Yang Digunakan Untuk Berhubung Dengan Trednya Di Mana-mana Tempat Awam.

Dalam pada itu, menerusi operasi di Pasar Awam Senawi di sini pula, MPM menyita barangan milik penjaja yang diletakkan di atas lot parkir awam di pasar tersebut.

Jelasnya, antara barangan yang disita adalah empat unit bakul sayur dan tiga tong ikan.

Menurutnya, semua barangan yang disita itu juga dihantar ke Stor Simpanan MPM untuk proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi kira-kira pukul 10.30 pagi dilakukan kerana penjaja terlibat tidak mendapat kebenaran MPM dan diletakkan di kawasan parkir awam hadapan Pasar Senawi sehingga mendatangkan kacau ganggu awam.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak) Jalan, Parit dan Bangunan 2013, IV) Meletakkan Atau Menyebab Diletakkan Apa-apa Barang Atau Benda Yang Digunakan Untuk Berhubung Dengan Trednya Di Mana-mana Tempat Awam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN