Kuala Kubu Baharu berdepan masalah jika pembangkang menang

Kuala Kubu Baharu berdepan masalah jika pembangkang menang

AZMIZAM ZAMAN (kanan) bersama Yaakob Sapari (tengah) ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama, di sini - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pengundi-pengundi di Kuala Kubu Baharu didakwa bakal berhadapan masalah dari segi infrastruktur dan pembangunan sekiranya pembangkang berjaya menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketiga di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, perlu ada seorang wakil rakyat yang dapat berhubung dengan baik bersama kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Pengundi di Kuala Kubu Baharu ni jangan mengundi secara beremosi, jangan terperangkap dengan kempen-kempen fitnah dan propaganda mengelirukan yang akhirnya akan merugikan pengundi sendiri.

“Saya sudah nampak kesan itu, contohnya di DUN lain yang dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) sebab akhirnya kerajaan Selangor merupakan Kerajaan Perpaduan,” katanya semasa sidang media di Bilik Gerakan Utama, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berlangsung pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Nyau Ke Xin dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Untuk rekod, Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh Mohd Hasnizan Harun yang mewakili PN dan dua DUN dibawahnya selain Kuala Kubu Baharu iaitu Batang Kali dan Hulu Bernam turut berada di bawah parti tersebut.

Mengulas lanjut, Azmizam Zaman berkata, berdasarkan pengalamannya selaku ADUN yang dikelilingi oleh DUN dimenangi PN mendapati kawasan-kawasan tersebut diabaikan oleh wakil rakyatnya selepas menang kerusi itu.

“Akhirnya saya yang terpaksa menanggung kerja yang lebih, ini kerana Selat Klang sebelum ini, Sungai Kandis dan Sinjakang merupakan DUN yang berhampiran dengan pejabat saya.

“Memang boleh saya layan tetapi kemampuan itu, kalaulah calon yang menang itu datangnya daripada PH mungkin kerja-kerja penyampaian maklumat kerajaan Persekutuan dan negeri itu jadi lebih mudah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN