Kejadian banjir bukan berpunca aktiviti pembalakan - Utusan Malaysia

Kejadian banjir bukan berpunca aktiviti pembalakan

SALAH sebuah rumah yang rosak di Kampung Sungai Badak, Gurun selepas kejadian kepala air dari berapa kawasan peranginan di kaki Gunung Jerai, Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan dekat Gunung Jerai di sini bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan sebaliknya akibat fenomena kepala air selepas hujan lebat petang ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, dilaporkan tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana kawasan itu telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

“Sebaliknya kejadian itu berlaku akibat fenomena kepala air yang turut membawa kayu-kayu balak berikutan arus terlalu deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Kejadian banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga ke paras 1.5 meter.

Setakat ini seorang mangsa ditemukan lemas dalam kejadian itu di Kampung Setoi di sini.

Selain itu, berlaku juga kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai yang mengakibatkan beberapa individu cedera manakala beberapa orang lagi dilaporkan terperangkap di atas gunung tersebut.

Difahamkan kejadian fenomena kepala air itu merupakan yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN