Istana Negara jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Istana Negara jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pintu Dua, Istana Negara hari ini menjadi tumpuan pengamal media bagi mengikuti perkembangan istiadat mengangkat sumpah bagi menteri dan timbalan menteri barisan Kabinet baharu yang diumumkan baru-baru ini.

Lebih 30 pengamal media termasuk wartawan dan jurukamera pelbagai agensi dan berita tempatan mula berkumpul sejak pukul 1 petang.

Turut dijangka berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Terdahulu, seramai 69 ahli Parlimen akan mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri di Istana Negara pada pukul 2.30 petang hari ini.

Daripada 69 ahli Parlimen, 31 daripada mereka dilantik sebagai menteri manakala 38 lagi dilantik sebagai timbalan menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN