‘Hina Parlimen, khianat demokrasi’ - Hassan - Utusan Malaysia

‘Hina Parlimen, khianat demokrasi’ – Hassan

HASSAN KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota Kabinet bukan sahaja telah menghina Parlimen, tetapi juga tidak menghormati Raja Berperlembagaan serta mengkhianati prinsip demokrasi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, mereka turut menyalah guna kuasa dan mengkhianati mandat diberikan rakyat.

Katanya, tindakan menggantung Parlimen dan menutupnya semula dilihat sebagai satu jalan mudah untuk kekal berkuasa.

“Selaku seorang ahli Parlimen, saya gesa seluruh jemaah menteri dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama bertanggungjawab dan mengambil jalan terhormat dan bermaruah supaya meletakkan jawatan seberapa segera.

“Anda semua yang menganggotai badan Eksekutif sudah hilang keabsahan atau legitimasi untuk mentadbir Malaysia tercinta ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor turut memberitahu, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan dasar Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Malaysia bukan negara republik seperti Indonesia atau Amerika Syarikat dan juga bukan negara raja berkuasa mutlak seperti Brunei atau Arab Saudi.

“Patut dihargai dan dipandang tinggi jika Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan menghormati peranan Parlimen sebagai badan perundangan di mana segala urusan undang-undang dan kewangan negara dibentang, dibahas dan diputuskan di dalam Parlimen.

“Justeru, patut dipandang hina pula terhadap Perdana Menteri dan jemaah menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi ingkar terhadap titah Seri Paduka supaya semua Ordinan Darurat dibentang, dibahas dan diputuskan di Parlimen,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.