Fenomena politik perlukan Akta Anti Lompat Parti disegerakan - Utusan Malaysia

Fenomena politik perlukan Akta Anti Lompat Parti disegerakan

RAZRUL Anwar Rusli (kiri) ketika hadir pada program penyerahan sumbangan kepada petugas barisan hadapan sempena Hari Kebangsaan di PPV Mid Valley, SouthKey, Johor Bahru di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penggubalan undang-undang melibatkan Akta Anti Lompat Parti perlu dilaksanakan bagi mengelakkan situasi politik yang tidak stabil hingga tumbangnya kerajaan berpunca daripada wakil rakyat yang berpaling tadah.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli berkata, tanpa akta itu, kemelut politik yang sama akan terus berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana tiada undang-undang menyekat wakil rakyat lompat parti.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja mengganggu-gugat kestabilan politik negara malah turut memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi akibat kerap bertukar kerajaan.

“Akta ini perlu digazetkan segera di Parlimen memandangkan fenomena politik hari ini menyaksikan tidak ada parti yang dominan untuk mengetuai kerajaan.

“Apabila tiada parti yang dominan ini akan mendorong untuk tawar menawar atau membeli wakil rakyat. Kerajaan tidak pernah akan stabil jika ini berterusan segala rancangan untuk negara akan tergendala,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pemberian sumbangan kepada petugas barisan hadapan sempena Merdeka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mid Valley, SouthKey di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Pesara Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Jemale Paiman.

Razrul Anwar berkata demikian mengulas ciapan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said di akaun Twitternya mengenai Akta Mencegah Lompat Parti dengan sembilan persoalan, Sabtu lalu.

Azalina mencadang untuk mengadakan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau ‘recall election’ perlu dipertimbangkan bagi menghalang wakil rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat sewaktu PRU daripada melompat parti.

Mengulas lanjut, Razrul Anwar berkata, semua wakil rakyat wajar menyokong akta itu dalam usaha mewujudkan politik yang sihat selain menjamin masa depan negara yang tidak lagi terjerumus dalam krisis berpanjangan.

Jelasnya, ini akan meletakkan penamat kepada amalan lompat parti setelah hak itu dipelihara di bawah Perkara 10, Perlembagaan Malaysia menyebabkan perbuatan itu berleluasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.