PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui gagal menyatukan orang Melayu, meskipun telah berusaha lebih dua tahun ke arah itu.
Katanya, beliau perlu menerima hakikat bahawa usaha berkenaan tidak berjaya.
“Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Mahathir berkata, kegagalan itu menyebabkan negara berdepan risiko terlepas daripada tangan orang Melayu.
“Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama,” katanya. – UTUSAN










