Langgar syarat lesen, maritim tahan vesel nelayan bernilai RM3 juta

Langgar syarat lesen, maritim tahan vesel nelayan bernilai RM3 juta

LIMA kru warga Myanmar termasuk tekong yang ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang malam tadi. - MARITIM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C yang dianggarkan bernilai RM3 juta kerana disyaki melanggar syarat sah lesen, malam tadi.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, penahanan itu dibuat dalam satu operasi penguatkuasaan pada kedudukan 2.7 batu nautika ke selatan Pulau Kendi, di sini.

“Ketika kejadian, Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan sebelum berjaya mengesan sebuah VNT yang pada ketika itu sedang bergerak di sekitar posisi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan dikendalikan oleh lima kru warga Myanmar termasuk tekong berusia antara 22 hingga 38 tahun dan seorang daripada mereka juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8(b) kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta di bawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 15(1) kerana tidak memiliki permit kerja yang sah di atas vesel berkenaan.

Katanya, kesemua kru bersama vesel yang telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN