Operasi penguatkuasaan sempadan ketika musim perayaan ditingkatkan

Operasi penguatkuasaan sempadan ketika musim perayaan ditingkatkan

Operasi sempadan
SAIFUDDIN Nasution Ismail melihat sektor pengoperasian Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah dalam Operasi Khas Pagar Laut Maritim Malaysia, di Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Operasi kawalan dan keselamatan sempadan negara termasuk di kawasan perairan tidak sesekali berkurangan ketika musim perayaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebaliknya Operasi (Op) Khas Pagar laut yang dilaksanakan sejak 2020 ketika musim itu mengesan 863 kes cubaan menceroboh sempadan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) dapat dipatahkan.

Malah, operasi yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sepanjang tempoh itu berjaya menahan 3,700 PATI yang cuba masuk ke negara ini melalui laluan pintu belakang serta melibatkan rampasan berjumlah RM106.7 juta.

“Kita juga melihat ada kecenderungan pihak yang masuk jalan tidak sah, menjangkakan bahawa musim perayaan menganggap mengendurkan aspek penguatkuasaan. Jadi, andaian mereka itu ternyata silap.

“Operasi atau pun tugasan Maritim Malaysia mengawal kawasan samudera kita yang hampir mencecah 600 ribu kilometer persegi. Kita mempunyai data terhadap lokasi hotspot,” katanya ketika ditemui pada operasi itu di atas Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah, semalam.

Tambah Saifuddin, statistik itu menunjukkan kerajaan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana sindiket yang cuba menjadikan perairan laut sebagai pintu belakang memasuki negara ini secara haram.

“Insiden yang banyak berlaku adalah penyeludupan barangan harian, senjata dan dadah menggunakan laluan laut dengan pelbagai taktik seperti transporter dan pengintipan dilakukan sindiket ini,” jelasnya.

“Sabah merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 90 kes diikuti Perak (71) dan Johor dengan 52 kes. Selain itu, setakat ini tiada kes penculikan untuk tebusan berlaku di Sabah sejak 2020,” ujarnya.

Op Khas Pagar Laut yang bermula esok hingga 10 April akan melibatkan seramai 800 anggota dan pegawai terlibat dengan 275 aset. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN