Enam negeri disasar lebih 50 peratus menjelang bulan depan - Utusan Malaysia

Enam negeri disasar lebih 50 peratus menjelang bulan depan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu enam negeri yang kadar vaksinnya rendah mencapai lebih 50 peratus suntikan menjelang hujung bulan depan.

Perdana Menteri berkata, enam negeri terlibat adalah Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah memandangkan kadar vaksin masih rendah bawah 50 peratus.

“Saya berbincang dengan ketua kementerian, jika ada vaksin yang ada masalah penghantaran, tidak perlu lagi vaksin tersebut tetapi beralih kepada vaksin yang sedia ada.

“Sebagaimana contoh di negara kita ini ada syarikat Pharmaniaga yang membotolkan vaksin Sinovac, jadi mereka sentiasa standby vaksin di kilang mereka.

“Jadi jika vaksin lain kita tempah tidak sampai atas alasan tidak boleh dibekalkan, kita switch kepada vaksin sedia ada. Kita tidak mahu ada kelewatan hanya untuk menunggu vaksin yang berjanji dengan untuk kita supply (bekal), tetapi lewat sampai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan penerima kesejuta dos vaksin AstraZaneca. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN