Pas kekal tolak sertai Exco Perlis

Anggap jatuhkan kerajaan satu pengkhianatan, Pas kekal tolak sertai Exco Perlis

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas kekal dengan pendirian tidak menyertai barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis meskipun dipelawa Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak berganjak dengan keputusan tidak menerima jawatan tersebut walaupun dipelawa kerana menganggap tindakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) menjatuhkan kerajaan sebagai satu pengkhianatan.

“Sudah buat keputusan, tidak terima,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas kenyataan Abu Bakar yang tetap mempelawa ADUN menyertai barisan Exco  dibentuknya, walaupun parti itu mengarahkan wakil rakyatnya tidak berbuat demikian.

Abu Bakar dilapor mengutus surat kepada Abdul Hadi  bagi tujuan berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini