Sultan Ibrahim kurnia sebuah masjid untuk penduduk Batu Muda - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim kurnia sebuah masjid untuk penduduk Batu Muda

SULTAN Ibrahim menerima mengadap Fadlun Mak Ujud di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah masjid untuk penduduk Batu Muda, Sentul dekat sini dengan keseluruhan kos ditanggung baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, tapak masjid seluas dua ekar yang telah diperkenankan terletak di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Seri Paduka bertitah, reka bentuknya adalah berasaskan Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru, Johor.

“Sudah lama saya simpan hajat untuk memberi sebuah masjid untuk penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan setelah berbincang dengan Datuk Bandar (Datuk Fadlun Mak Ujud) hari ini pada Jumaat yang mulia, hajat ini dapat dizahirkan.

“Seluruh kos berkaitan pembinaan masjid ini akan ditanggung oleh saya sendiri.

“Reka bentuknya juga saya tentukan untuk diambil berasaskan Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru. Semoga ia bermanfaat bagi semua, dunia dan akhirat, insya-Allah,” titah baginda.

Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Fadlun di Istana Bukit Tunku hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rosli Nordin.

Masjid Kampung Mahmoodiah dahulunya dikenali sebagai Surau Kampung Mahmoodiah dibina pada 1926. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×