Cabul nenek 77 tahun, warga Indonesia dipenjara 10 tahun - Utusan Malaysia

Cabul nenek 77 tahun, warga Indonesia dipenjara 10 tahun

FIRMUS Nahak diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah mencabul dan mendatangkan cedera terhadap seorang wanita berusia 77 tahun di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gara-gara gagal mengawal nafsu sehingga tergamak mencabul nenek berusia 77 tahun, seorang tukang kebun bakal meringkuk dalam penjara selama 10 tahun dan dikenakan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin menjatuhi hukuman itu terhadap, Firmus Nahak, 41, yang merupakan warga Indonesia, sebaik sahaja tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mencabul dan mendatangkan cedera terhadap seorang wanita berusia 77 tahun yang merupakan penghuni di sebuah pusat jagaan warga emas dalam daerah Melaka Tengah.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 12.30 tengah malam pada 19 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad memohon hukuman penjara yang berat diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Beliau turut menegaskan tindakan tertuduh itu tidak berperikemanusiaan dan mengambil peluang di atas kelemahan mangsa yang merupakan seorang warga emas.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, mahkamah kemudian menjatuhi hukuman 10 tahun penjara dan satu sebatan bermula tarikh ditangkap iaitu 19 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya