Pekerja Indonesia maut dihempap runtuhan konkrit

Pekerja Indonesia maut dihempap runtuhan konkrit

KEADAAN konkrit yang runtuh sehingga meragut nyawa seorang pekerja warga Indonesia semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di Jalan Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini .-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang pekerja warga Indonesia maut selepas dihempap oleh runtuhan konkrit semasa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di tingkat bawah sebuah bangunan di Jalan Guar Perahu Indah di sini, kira-kira pukul 3.55 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa yang dikenali sebagai Marzuki, 27, itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam daripada kawasan runtuhan sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO).

“Ketika dijumpai, mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas kerja-kerja penilaian risiko dibuat dan mangsa dialihkan ke kawasan yang lebih selamat.

“Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 5.05 petang selepas bomba memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi,” katanya yang memberitahu, punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN