Ee Wei terpaksa tarik diri akibat kecederaan lutut

Ee Wei terpaksa tarik diri akibat kecederaan lutut

TOH Ee Wei (tengah) menahan kesakitan akibat mengalami kecederaan lututnya ketika beraksi perlawanan suku akhir Terbuka Singapura di Kallang, hari ini. - TANGKAP LAYAR BWF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa menarik diri daripada saingan suku akhir akibat kecederaan lutut kiri yang dialami Ee Wei pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Kallang, Singapura, hari ini.

Keputusan itu telah memberi kemenangan percuma kepada beregu No. 28 dunia, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dari India, sewaktu Tang Jie-Ee Wei yang menghuni ranking No. 4 dunia mendahului 18-16.

Permainan terhenti seketika, sewaktu kedua-dua beregu terikat dengan keputusan 15-15.

Peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang melarang pemain mendapatkan rawatan ketika permainan sedang berlangsung, telah memaksa Ee Wei membalut lututnya sendiri dengan bantuan Tang Jie.

Tindakan Ee Wei itu telah menyebabkan dia dan Tang Jie dilayangkan kad kuning kerana melengah-lengahkan permainan.

Ee Wei yang enggan menyerah kalah meneruskan permainan dan berjaya mendahului 18-16, sebelum membuat keputusan menarik diri.

Anak jati Melaka itu kelihatan menangis dan terpaksa diusung dengan kerusi roda keluar daripada gelanggang.

Tang Jie ketika ditemu bual wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata, sewaktu keputusan terikat 15-15, Ee Wei memberitahu lututnya terseliuh, tetapi, sanggup menyambung semula permainan.

“Dia masih mahu cuba (terus bermain), tapi dia cakap kakinya semakin sakit apabila memijak lantai. Jadi, saya tahu perasaan dia, kecederaan yang dia alami bukan kemahuan semua orang, apa yang lebih penting tubuh kita.

“Jangan fikir tentang keputusan di sini (Singapura), tak boleh main ke macam mana, kena ikut kata hati kita. Saya mahu dia sihat, tak perlu fikir tentang saya atau tentang menang, kalah ini,” katanya.

Tang Jie memberitahu, Ee Wei sentiasa memiliki semangat tinggi untuk mewakili negara dan dia sanggup menahan kesakitan demi keinginginnya untuk bermain.

“Saya mahu dia membuat pemeriksaan, lagipun badan dia bukan sihat sangat dari
dulu, tapi dia masih tahan sampai sekarang. Jadi, saya rasa kalau bukan betul-betul sakit sangat, dia mesti main punya,” ujar Tang Jie. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN