Bekas kontraktor dituduh guna dokumen palsu - Utusan Malaysia

Bekas kontraktor dituduh guna dokumen palsu

ISMAIL Ahmad yang dituduh menggunakan dokumen palsu berbual dengan peguamnya, Ahmad Dasuki Che Hasan di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang bekas kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu, empat tahun lalu.

Tertuduh, Ismail Ahmad, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu resit perniagaan Kejai Nursery berjumlah RM11,266 dalam urusan rasmi.

Tertuduh didakwa memiliki sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Stesen Kuala Ketil / Tawar di Baling pada 29 Ogos 2017.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh membayar jaminan tersebut.

Kes akan disebut semula pada 2 September depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Zulfadli Azharudin sementara tertuduh diwakili peguam, Ahmad Dasuki Che Hasan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya