TOKYO: Amerika Syarikat (AS) menutup saingan olahraga di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan pingat emas dalama acara 4×400 lelaki.
Kuartet AS mencatatkan masa 2 minit 55.70saat dengan Belanda meraih pingat perak dengan 2:57.18 dan Bostwana membawa pulang gangsa dengan catatan 2:57.27.
Sementara itu, Allyson Felix menamatkan karier Olimpiknya dengan pingat emas ketujuh apabila AS membawa pulang pingat emas dalam acara 4x400m wanita.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kuartet AS membawa pulang pingat emas dengan catatan 3:16.85 dan pingat perak menjadi milik Poland manakala pingat gangsa menjadi milik Jamaica.-AFP











