PETALING JAYA: Seramai 590 orang pengguna telah menjadi mangsa kepada modus operandi penipuan jualan murah barangan elektronik dari Korea.
Sehingga kini, hanya 207 daripada jumlah mangsa tersebut telah membuat laporan polis dan hanya 12 kertas siasatan dibuka.
Jumlah kerugian modus operandi ini telah mencecah RM950,000 sejak tahun lepas.
“Pesalah tersebut turut menggunakan orang-orang terkenal sebagai orang tengah dalam mempromosikan barangan elektronik tersebut.
“Mereka turut menawarkan tawaran diskaun sehingga 75 peratus kepada pembeli yang membuat tempahan melalui ‘Pre Order’,” kata Pengerusi,Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi dalam satu sidang akhbar hari ini.
Turut difaham sindiket itu dijalankan oleh sebuah keluarga yang turut melibatkan ibu bapa pesalah.










