KUALA LUMPUR : Program Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional (PENA) yang dianjurkan setiap bulan akan diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang sedang berlangsung di World Trade Centre (WTC) di sini esok yang dijangka dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
Zukifli dan beberapa selebriti tanah air dijangka membaca puisi masing masing dalam program esok di pentas utama PBAKL 2006 antaranya termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB) Adibah Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola PBAKL, Mohd. Khair Ngadiron.
Turut dipersembahkan adalah dendangan lagu puisi antaranya oleh Farrah Nabilla, Zaen Kasturi, Intan Marhayu, Masli Nor, Ahmad Ramli dan Adiwangsa Sukma dan wakil Jabatan Kesenian Negara. –UTUSAN










