201 kematian; 1,096 kes ICU - Utusan Malaysia

201 kematian; 1,096 kes ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 19,991 kes berbanding semalam, 17,236 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 16,258 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 201 kematian dicatatkan dengan 1,096 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 570 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 230,762 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,338 kes diikuti Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344) dan Kelantan (1,030).

“Tujuh negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539) dan Terengganu (378).

“Satu wilayah dan satu negeri mencatatkan kes dua angka iaitu Putrajaya (76) dan Perlis (24) manakala Labuan hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN