13 pengerusi UMNO negeri gesa ahli istiqamah perjuangan parti - Utusan Malaysia

13 pengerusi UMNO negeri gesa ahli istiqamah perjuangan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 13 pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengesa semua ahli-ahli parti itu supaya terus istiqamah dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO.

Dalam kenyataan bersama, mereka menggesa seluruh kepemimpinan dan pendokong parti di semua peringkat UMNO cawangan dan bahagian untuk terus bersatu, bersetia serta mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

“Selain itu, digesa semua ahli Parlimen dan kepemimpinan parti setiap masa untuk mematuhi dan mempertahan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Semua ahli diminta parti terus istiqamah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas perbincangan bersama semua pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN