JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri yakin mampu mencapai kadar vaksinasi sebanyak 100 peratus bagi dua dos lengkap terutama melibatkan populasi dewasa dalam masa kurang dua bulan lagi.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, keyakinan tersebut dapat dicapai dengan keupayaan pemberian suntikan sehingga 78,500 dos vaksin sehari, sekali gus membolehkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri ini dapat ditingkatkan.
“Hingga semalam, Johor telah mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa sebanyak 63.6 peratus untuk satu dos manakala 32.1 peratus bagi dua dos.
“Insya-Allah, kita mengunjurkan dapat mencapai kadar vaksinasi 100 peratus bagi satu dos pada pertengahan September dan 100 peratus bagi dua dos pula pada Oktober ini,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.