fbpx

WRU tangkap seekor lagi buaya kali ini di Beaufort

Anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) bersama buaya yang mereka tangkap di Beaufort Sabah baru-baru ini. - FOTO FB WRU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU), Jabatan Hidupan Liar Sabah telah menangkap seekor lagi buaya – kali ini di Beaufort.

Dalam hantara di Facebook, WRU meletakkan dalam huruf besar perkataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ‘hujan buaya di pantai barat Sabah’

Dalam catatan tersebut, WRU memberitahu telah menerima laporan lain mengenai penampakan buaya di Kampung Takuli, Beaufort pada 9 Julai.

Buaya yang ditangkap anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) di Beaufort Sabah baru-baru ini.

Mereka segera melakukan pemantauan di kawasan tersebut dan memasang perangkap buaya besar kerana penduduk di sana telah melihat buaya, di sungai.

Setelah tiga hari dipasang, buaya memasuki perangkap dan salah seorang penduduk kampung, Henry Jonik Jacob menghubungi WRU mengenai tangkapan itu.

Pada 12 Julai, kira-kira pukul 6.30 pagi, pasukan WRU dihantar. Pasukan ini berjaya menangkap buaya besar yang panjangnya hampir 11 kaki.

Anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) memeriksa buaya yang terperangkap dalam perangkap yang di pasang di Beaufort Sabah baru-baru ini. – FOTO FB WRU

Buaya itu kemudian dipindahkan ke Pusat Penyelamat Hidupan Liar di Potuki.

Dalam catatan itu, WRU memuji tindakan pantas Henry Jonik Jacob yang bertindak bagi pihak penduduk Kampung Takuli, Beaufort dan mengatakan bahawa buaya itu boleh membahayakan orang awam, terutama anak-anak.

POPULAR

KOSMO! TERKINI