[VIDEO] ‘Saya tak tahu siapa pesan nasi ganja’ - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Saya tak tahu siapa pesan nasi ganja’

PESANAN nasi ganja yang dimuatkan dalam helikopter yang mendarat di Padang Ipoh. - UTUSAN/GAMBAR IHSAN AWANI PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ‘Saya tidak tahu siapa yang buat pesanan’.

Itu kata Pengurus Besar Nasi Kandar Ayam Merah di sini atau lebih dikenali nasi ganja, Sajid Hassan berhubung identiti pelang­gan yang mengambil pesanan nasi ganja menaiki sebuah helikopter dari Kuala Lumpur, kelmarin.

Helikopter berkenaan mendarat di Padang Ipoh dekat sini.

PELANGGAN menunggu pesanan nasinya di restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang lebih dikenali sebagai nasi ganja di Ipoh. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Menurutnya, dia me­nerima pesanan daripada pelanggan dari Kuala Lumpur itu melalui te­lefon yang memesan 36 bungkus nasi ganja pada Khamis.

“Siapa individu itu, saya tidak tahu, adakah dia ahli perniagaan atau ahli politik, itu saya tidak tahu,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia semalam.

SUASANA sibuk Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Ipoh. – VIDEO/ZULFACHRI ZULKIFLI

Menurutnya, polis telah mengambil ketera­ngan daripada pihaknya berhubung kejadian itu.

Mengenai kejadian kelmarin, Sajid berkata, perniagaannya dibuka se­perti biasa, sambutan juga seperti biasa.

“Saya anggap apa yang berlaku adalah rezeki kerana sebelum ini perniagaan berdepan dengan pelbagai cabaran yang sedikit sebanyak menjejaskan nama baik perniagaan kami,” katanya.

SEORANG pekerja membungkus nasi pelanggannya di restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang lebih dikenali sebagai nasi ganja di Ipoh. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Sementara itu, polis telah mengenal pasti beberapa individu termasuk seorang bergelar Datuk berhubung insiden tersebut dan akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis akan menyiasat sama ada individu atau syarikat yang menggunakan perkhidmatan helikopter itu memiliki surat kebenaran rentas negeri atau tidak.

Beliau berkata, siasatan akan dibuka berdasarkan kesalahan me­langgar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau da­erah di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.